Tuesday, September 1, 2009

BOS BAIK HATI

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasitapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer ye! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A'salam Boss, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya boleh balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak?Ntah-ntah dia ponteng?Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: Salam Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…!Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buatkerja..

Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee

Monday, August 31, 2009

TERSILAP SMS

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Monday, August 10, 2009

Azab bagi yg meninggalkan sembahyang

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:"Barangsiapa yg mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yg merbahaya ke atasnya.Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia antaranya:.

-Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
-Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
-Dia akan dibenci oleh orang-orang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati,antaranya:.

-Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
-Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
-Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur,antaranya:.

-Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nangkir yang sangat menggerunkan.
-Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
-Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat,antaranya:.

-Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
-Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
-Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

ORANG GILA SAJA YG BOLEH MENASIHATI ORANG GILA

Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya. Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjang satu tiang lampu yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan mengarahkan Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah hospital, "Mat!!Turun Mat nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga.

Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu., Namun Mat tidak bergerak pun untuk turun. Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun Mat!"teriak seorang sarjan polis, kalau engkau tak turun nanti kami bom tiang ini dan engkau akan mati!!Turun Mat!. Mat tidak turun-turun juga.

Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu. "Man!Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang lampu"Tolonglah Man ya!

Jawab Man"Ohhh!!!Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu itu.
Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man! Man nak pilih alat yang mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu. "Ahh!Man nak gergaji!"

Baiklah! Ambillah gergaji itu. Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang lampu itu. Man pun berteriak, Hoi Mat!!!Hang turun, kalau hang tak turun aku tebang tiang lampu ni!!Hang turun lekas!!

Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas hospital. Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?

Jawab Mat; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat!Tapi Man ni apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA!

HAL EHWAL SEMASA


Tentang penyakit H1N1 telah menular membuatkan manusia jadi kelam kabut.

Thursday, July 30, 2009

1st DAY TULIS BLOG


Assalamualaikum wbrt :)



Seronok rasanya 1st time dapat menulis blog. Harap kawan-kawan sudilah join blog saya :)